Tulis tiga juta kalimah Allah sejarah baharu Malaysia Book of Records

Tulis tiga juta kalimah Allah sejarah baharu Malaysia Book of Records

WAN Roslan Wan Hamat (kanan) melihat lukisan kalimah Allah yang hasilkan oleh warga SMU (A) Bustanus Saadah dan kariah Masjid Annur Kota Kubang Labu di Tumpat, Kelantan, hari ini.-UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Warga Sekolah Menengah Ugama (SMU) Arab (A) Bustanus Saadah, Morak serta sebahagian kariah Masjid Masjid Annur, Kota Kubang Labu di sini memahat sejarah baharu Malaysia Book of Records (MBOR) apabila berjaya menulis tiga juta kalimah Allah di atas 270 kertas lukisan.

Terdahulu, rekod tersebut di pegang Madrasah An-Nuur (MAN), Johor Bharu selepas berjaya menghasilkan dua juta kalimah Allah menerusi projek Kembara Dua Juta Kalimah Allah.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital Dan Inovasi Kelantan, Datuk Wan Roslan Wan Hamat berkata, kerja-kerja menghasilkan tiga juta kalimah Allah itu mengambil masa selama lapan hari bermula 22 September hingga semalam.

“Menariknya, penghasilan kalimah Allah yang bertema ‘karya seni air zam zam, lukis dan zikir’ dilakukan dalam keadaan berwuduk sambil mendengar alunan zikir,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Pengisytiharan dan Anugerah MBOR Penulisan Tiga Juta Kalimah Allah SMU (A) Bustanus Saadah.

Penyampaian itu disempurnakan oleh wakil MBOR Mohamad Nazrul Hafizi Ahmad Fauzi.

Wan Roslan memberitahu, kalimah tersebut akan dijual pada harga RM950 dan ke atas bagi mengumpul dana pengurusan sekolah dan masjid.

Katanya, program tersebut secara tidak langsung mencungkil bakat seni dalam kalangan peserta dengan pendedahan konsep seni dan zikir.

“Kami rasa syukur memandangkan program ini mendapat sambutan pihak sekolah dan orang ramai,”ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya