Tubuh kelab pendaki jadikan gunung aset pelancongan Pahang - Sultan Pahang - Utusan Malaysia

Tubuh kelab pendaki jadikan gunung aset pelancongan Pahang – Sultan Pahang

AL-SULTAN Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (kanan) beramah mesra dengan peserta Ekspedisi Everest Base Camp di Fraser’s Hall, Jalan Genting, Bukit Fraser di Raub, Pahang. - FOTO/NORFARHIZA MOHD. ATAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB: Sebuah kelab mendaki yang dinamakan Kelab Mendaki Pahang (KPP) perlu ditubuhkan bagi menjadikan gunung sebagai kawasan kajian dan aset pelancongan di negeri ini.

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, kelab mendaki itu boleh dijadikan daya tarikan kepada pelancong dalam dan luar negeri untuk menjadikan Pahang sebagai destinasi pelancongan mereka.

“Tujuan kelab mendaki ini bukan sahaja nak mendaki Gunung Everest, kalau boleh kita kaji, kita tengok gunung-gunung di Pahang, jadikan itu sebagai aset pelancongan eko-tourism ke, sport-tourism ke, sebagai satu aset yang boleh kita popularkan.

“Mungkin ini secara tidak langsung boleh mempopularkan tourism tempatan, kawasan Gunung Tahan, Gunung Brinchang dan lain-lain,” titahn baginda pada Majlis Pelepasan Kontinjen Ekspedisi Everest Base Camp Sempena Memuliakan Hari Ulang Tahun Keputeraan Ke-65 Sultan Pahang di Bukit Fraser di sini hari ini.

Al-Sultan Abdullah bertitah, baginda berharap saranan penubuhan kelab mendaki tersebut diberikan perhatian oleh kerajaan negeri.

“Penubuhan kelab ini boleh jadi satu tarikan dan saya harap ia dapat dikaji dan saya percaya kalau dibuat sebaik mungkin sedikit sebanyak ia dapat jadi tarikan kepada Negeri Pahang,” titah baginda.

Seramai 45 peserta menyertai ekspedisi berkenaan membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Pejabat Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, dan media Pahang.

Kesemua peserta termasuk 10 wanita akan memulakan pendakian selama 16 hari bermula 9 sehingga 25 September.

Pendaki dijangka akan tiba di Everest Base Camp di ketinggian 5,365 meter dari aras laut pada 16 September ini, sekali gus dijadualkan meraikan sambutan Hari Malaysia di sana. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya