Tiga premis hasilkan efluen perindustrian dikompaun

Tiga premis hasilkan efluen perindustrian dikompaun

PEGAWAI penguat kuasa JAS Negeri Sembilan semasa melakukan pemeriksaan pada Op Burung Hantu di beberapa buah premis di kawasan Perindustrian Bandar Baru Enstek, Nilai, Seremban, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebanyak tiga buah premis di kawasan Perindustrian Bandar Baru Enstek, Nilai di sini telah dikesan melanggar Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009.

Ketiga-tiga premis itu dikesan tidak mematuhi peraturan itu dengan menghasilkan efluen perindustrian menerusi pelaksanaan Op Burung Hantu oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan, kelmarin.

Jabatan itu memaklumkan, sebanyak tiga notis arahan dan lima kompaun telah dikeluarkan selain empat set sampel efluen serta tiga sampel buangan terjadual diambil semasa operasi berkenaan.

“Sepanjang operasi, JAS telah berjaya membuat pemeriksaan penguatkuasaan ke atas lima buah premis yang bukan ditetapkan (PYBDT) terletak di kawasan hulu takat pengambilan air. 

“Selain itu juga, sebanyak lapan buah premis turut dipantau melalui pemeriksaan suhu dan pH bagi pelepasan efluen serta pemantauan bau dan asap hitam,” menurut JAS Negeri Sembilan.

Jelasnya, pemantauan yang dilaksanakan ke atas premis-premis pada waktu malam itu adalah tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. 

“Objektif pelaksanaan Op Burung Hantu adalah bagi memastikan pihak industri sentiasa bersedia untuk mematuhi kehendak perundangan alam sekitar semasa menjalankan pengoperasian premis pada setiap masa. 

“Ia juga bagi mengesan ketidakpatuhan premis yang beroperasi pada waktu malam dengan pemeriksaan secara fizikal,” menurutnya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya