Tiga maut, lima cedera kemalangan tujuh kenderaan di LPT, Bentong - Utusan Malaysia

Tiga maut, lima cedera kemalangan tujuh kenderaan di LPT, Bentong

SEBUAH kenderaan remuk antara tujuh kenderaan terbabit kemalangan mengorbankan tiga lelaki dewasa di Kilometer 42, Lebuhraya Pantai Timur di Bentong, Pahang. - FOTO/JBPM PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Tiga lelaki dewasa maut manakala lima cedera dalam kemalangan membabitkan tujuh buah kenderaan di Kilomerer 42, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah Bentong di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, kejadian pada pukul 4.13 pagi itu membabitkan empat kereta, sebuah lori tiga tan, dan dua buah treler dan sebuah lori treler yang terbakar sepenuhnya.

“Setiba di lokasi, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong, Haznan Basir melaporkan kemalangan itu membabitkan 13 mangsa.

“Tiga orang mangsa yang disahkan oleh kakitangan Kementerian Kesihatan meninggal dunia, iaitu Mohd. Ridzuan Zulkafly, 40, Muhamad Zaimi Shariff, 39, dan Muhammad Azizul Fitrie Md. Zairi, 23,” katanya di sini hari ini.

Menurut Ismail, tiga lagi lelaki dewasa mengalami kecederaan parah, dua perempuan dewasa cedera dan tiga lelaki dewasa serta dua orang wanita dewasa terselamat dalam kejadian itu.

Beliau berkata, seramai lapan anggota dan dua jentera dari BBP Bentong bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.13 pagi.

“Anggota bomba menggunakan dua saliran hos air tangki jentera bomba untuk memadamkan kebakaran sebuah lori treler serta peralatan khas penyelamat ketika melakukan penugasan mengeluarkan mangsa.

“Dua mangsa perempuan dewasa yang cedera dibawa ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut dengan menaiki jentera EMRS. Mangsa lain yang cedera diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan,” katanya.

Ujarnya, tiga mangsa lelaki dewasa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya