Tiga maut dirempuh ketika baiki treler di Lipis - Utusan Malaysia

Tiga maut dirempuh ketika baiki treler di Lipis

ANGGOTA penyelamat memberikan rawatan awal kepada mangsa kemalangan di jalan Merapoh-Kuala Lipis di Lipis, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Tiga maut manakala dua lagi cedera dalam kejadian kemalangan di jalan Merapoh-Kuala Lipis awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lipis, Haslizan Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.44 pagi sebelum sepasukan sembilan anggota bersama dua jentera bergegas ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi yang terletak kira-kira 82 kilometer dari BBP Lipis, komander operasi melaporkan terdapat kemalangan jalan raya melibatkan sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux merempuh tiga lelaki dewasa yang sedang membaiki sebuah lori treler yang rosak.

“Tiga mangsa yang sedang membaiki treler rosak itu meninggal dunia manakala dua lelaki dewasa cedera. Selain itu dua lagi lelaki dewasa di dalam Hilux selamat,” katanya di sini hari ini.

Haslizan berkata, kesemua mangsa berjaya dikeluarkan dengan bantuan orang awam.

“Mangsa yang cedera diberikan perawatan awal dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan. Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN