Tiga beradik antara lima kanak-kanak rentung dalam kebakaran

Tiga beradik antara lima kanak-kanak rentung dalam kebakaran

TIGA beradik antara lima kanak-kanak rentung dalam kebakaran di Jalan Lembaga Padi, Lorong Burung Keleto, Likas di Kota Kinabalu, hari ini-IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Tiga beradik antara lima mangsa kanak-kanak rentung dalam kebakaran tiga rumah yang berlaku di Jalan Lembaga Padi, Lorong Burung Keleto, Likas hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.47 tengah hari itu, kesemua mangsa yang berusia setahun hingga 14 tahun ditemukan rentung di rumah yang sama.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, tiga-beradik yang rentung itu berusia antara setahun hingga empat tahun.

Beliau berkata, ibu kepada tiga beradik yang rentung itu sedang sarat mengandung dan menunggu hari untuk melahirkan.

“Ibu mangsa telah dihantar ke hospital bersama dua kanak-kanak lain yang berjaya menyelamatkan diri. Difahamkan ibu mangsa tiga beradik itu membantu menjaga anak-anak jiran.

“Kesemua lima mangsa rentung telah diserahkan kepada pasukan polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya