[TIDAK RASMI] Syed Hussien menang besar, pertahan DUN Mahkota - Utusan Malaysia

[TIDAK RASMI] Syed Hussien menang besar, pertahan DUN Mahkota

SYED HUSSIEN Syed Abdullah (tengah) dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengangkat tangan apabila mengetahui keputusan tidak rasmi menunjukkan BN memenangi PRK DUN Mahkota.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah, 40, bukan sahaja mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, malah menang dengan majoriti besar dalam Pilihan Raya  Kecil (PRK), hari ini.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, selepas proses penjumlahan undi melibatkan 121 saluran dari 20 pusat pengundian selesai, Syed Hussien mendapat 27,941 undi, sekali gus menang dengan majoriti 20,609 undi.

Calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar pula jauh ketinggalan apabila hanya mendapat 7,332 undi.

Utusan Malaysia difahamkan, peratusan  pengundian lebih 50  peratus daripada jumlah keseluruhan 66,318 pengundi di  DUN Mahkota.

PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain pada 2 Ogos lalu.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2022, Sharifah Azizah menang dengan majoriti 5,166 undi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN