Tidak perlu PKP bendung Mpox - Utusan Malaysia

Tidak perlu PKP bendung Mpox

DR. DZULKEFLY AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini tidak akan berulang bagi membendung wabak virus cacar monyet atau Mpox.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, sehingga kini tiada lagi kes positif Mpox baharu membabitkan individu yang disyaki dijangkiti virus itu pada akhir tahun lalu.

Katanya, sehingga kini jumlah jangkitan masih kekal seperti yang direkodkan pada tahun lalu iaitu sebanyak sembilan kes.

“Ini melibatkan saringan pintu-pintu masuk antarabangsa laut, udara dan darat. Sehingga hari ini Alhamdulillah Allah izinkan kita tidak lagi mendapat kes positif daripada mereka yang kita syaki.

“Saya sebagai menteri kerap diasak untuk meningkatkan prosedur operasi standard (SOP). Insya-Allah Mpox tidak akan mengulangi waktu yang sangat kita elak, seperti kehidupan terjejas sebelum ini,” ketika berucap di Majlis Ulang Tahun Ke-20 Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sungai Buloh hari sini.

Sebelum ini, beliau berharap situasi Mpox di negara ini tidak dibandingkan dengan negara jiran, khususnya Singapura bagi mengelakkan suasana menggusarkan.

Setakat semalam, lima kes dilaporkan menular di Singapura.

Bagaimanapun, kata Dzulkefly, masyarakat tidak boleh mengambil mudah jangkitan Mpox dan perlu sentiasa berwaspada terhadap sebarang kemungkinan.

“Kita sudah keluar daripada pandemik Covid-19, tetapi saya diterjah dengan kemungkinan Mpox, saya kerap diasak supaya meningkatkan prosedur operasi standard,” katanya.

Menurut beliau, sehingga kini KKM telah membuat saringan Mpox terhadap lebih enam juta pengembara yang masuk ke negara ini.

Malah Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menegaskan wabak Mpox bukanlah virus baharu Covid-19 sama ada varian baharu atau lama.

Pengarah Serantau Eropah, Hans Kluge berkata, pihak berkuasa sedang memantau dan mengekang penularan wabak tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN