Tidak benar DAP jadi alat UMNO tarik undi Cina - MB - Utusan Malaysia

Tidak benar DAP jadi alat UMNO tarik undi Cina – MB

ONN HAFIZ Ghazi (kiri) bertemu dengan golongan muda dalam program Sembang Santai Anak Muda Bersama MB di bandar Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Dakwaan bahawa DAP hanya dijadikan alat oleh UMNO untuk menarik sokongan pengundi Cina dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota adalah tidak berasas.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang juga Menteri Besar berkata, dakwaan itu adalah tidak wajar dan Johor mempunyai cara serta pendekatan tersendiri dalam berpolitik.

“Politik seperti itu tidak sesuai di negeri Johor yang sentiasa menjaga adab, tertib dan keharmonian kaum, jangan terikut-ikut dengan tohmahan serta hasutan. Itu rayuan saya kepada Bangsa Johor terutamanya yang berada di DUN Mahkota,” katanya ditemui selepas progam Sembang Santai Anak Muda Bersama MB di sini hari ini yang turut dihadiri calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah, 40.

Ahli Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin dalam ceramah di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bandar Tengah, di sini malam kelmarin menyeru kaum Cina di DUN Mahkota menolak parti DAP yang dikatakan sekadar alat UMNO untuk mendapatkan undi.

Dakwanya, UMNO memerlukan jentera-jentera DAP untuk berkempen kepada pengundi-pengundi Cina supaya mengundi calon UMNO dan BN.

PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos, semasa menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, di sini.

Pada Pilihan Raya Negeri 2022, Sharifah Azizah menang dengan majoriti 5,166 undi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya