Tiada yang mahu jadi saksi, Bersatu Kelantan sukar failkan petisyen PRK Nenggiri

Tiada yang mahu jadi saksi, Bersatu Kelantan sukar failkan petisyen PRK Nenggiri

KAMARUDIN Md. Nor (tiga kiri) semasa merasmikan Pesta Tanglung Kelantan di Kota Bharu, Kelantan malam tadi-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan mendedahkan tiada individu yang sanggup tampil ke mahkamah sebagai saksi menyebabkan pihaknya berdepan kesukaran untuk memfailkan petisyen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Pengerusinya, Datuk Kamarudin Md. Nor berkata, setakat ini Bersatu masih lagi berusaha keras mendapatkan bukti berkait dengan amalan beli undi semasa PRK Nenggiri lalu.

Menurutnya, Bersatu perlu memastikan ada saksi yang menerima wang tersebut sebelum memfailkan petisyen berkenaan sebagai pembuktian.

“Mengikut kata peguam, kita perlu pastikan ada saksi. Masalah yang kita sekarang ini adalah untuk mendapatkan saksi bagi pembuktian. Semua orang tahu dan mereka (pengundi) sendiri pun kata terima namun mereka tidak mahu menjadi saksi.

“Mereka (Barisan Nasional) pun pandai kerana mereka tidak memberi duit berkenaan kepada penyokong tegas Pas atau Bersatu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Tanglung Kelantan, di sini, malam tadi.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan sedang mengumpul bukti, menilai dan mencari saksi bagi memfailkan petisyen untuk mencabar keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Antara kesalahan semasa kempen PRK itu didakwa membabitkan amalan beli undi dan salah guna bangunan kerajaan untuk tujuan berkempen.

Pengerusinya, Datuk Kamarudin Md. Nor mendakwa, kesemua 20 pusat mengundi di PRK Nenggiri dikesan terlibat dalam kegiatan beli undi dengan purata bayaran RM500 setiap seorang.

Pada PRK Nenggiri lalu, Mohd. Azmawi Fikri menang dengan majoriti 3,352 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Mohd. Rizwadi Ismail.

Ketua Pemuda UMNO Kelantan itu memperoleh 9,091 undi manakala Mohd. Rizwadi 5,739 undi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya