Tiada suri rumah Orang Asli di Kelantan carum Perkeso

Tiada suri rumah Orang Asli di Kelantan carum Perkeso

NORA Yaacob duduk (dua dari kiri) melawat keluarga Mohd. Rofi Yusoff di Perumahan Banjir Simpang 3 Pulai, Gua Musang, Kelantan.-UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Tahap kesedaran untuk mencarum Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) dalam kalangan suri rumah Orang Asli di negeri ini masih rendah apabila tiada dalam kalangan masyarakat itu mendaftar secara sukarela kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) setakat ini.

Pengarah Perkeso Kelantan, Nora Yaacob berkata, masih ramai suri rumah tidak membiayai caruman SKSSR yang hanya berjumlah RM120 setahun atau RM10 sebulan.

Menurutnya, pada tahun ini hanya 683 orang suri rumah di Kelantan yang mencarum SKSSR secara sukarela setakat bulan Ogos lalu.

“Saya melihat suri rumah Orang Asli sangat terdedah dengan risiko, tetapi tiada dalam kalangan mereka tidak berdaftar di bawah SKSSR secara sukarela.

“Saya sangat berharap supaya skim itu dapat disebarkan kepada kaum Orang Asli supaya mereka sedar bahawa kepentingan caruman bagi menghadapi sebarang kemungkinan pada masa depan jika ditimpa musibah,” katanya semasa Program Ziarah Skuad Perkeso Prihatin Kuala Krai bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim di Rumah Orang Berinsurans di Perumahan Banjir Simpang 3 Pulai, di sini semalam.

Pada program itu, Nora menyerahkan bayaran Faedah Pengurusan Mayat dan Penakat Bulanan kepada Mohd. Rofi Yusoff yang kehilangan isterinya, Rohani Man, 48.

Arwah merupakan seorang suri rumah sepenuh masa telah meninggal dunia pada 10 Ogos lalu akibat serangan jantung di Hospital Gua Musang.

Nora memberitahu, di negeri ini masih ada 41 peratus atau 82,000 suri rumah yang sepatutnya mendaftar caruman termasuklah di bawah tajaan kerajaan.

“Perkeso telah membuat bayaran lebih 80 kes yang melibatkan suri rumah sepanjang tahun ini

“Bayaran itu dibuat termasuk akibat kematian, kecederaan dan keuzuran yang berlaku kepada suri rumah,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Rofi berkata, dia terkejut apabila menerima bayaran Faedah Pengurusan Mayat sebanyak RM3,000 dan pencen penakat SKSSR sebanyak RM180 sebulan selepas isterinya meninggal dunia.

Katanya, dia tidak mengetahui arwah isterinya mencarum di bawah Perkeso.

“Kami sekeluarga sangat terkejut dan menganggap ini adalah rezeki anak. Duit itu boleh kami guna untuk membayar hutang selain perbelanjaan makan serta minum keluarga,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya