Tiada pelajar Malaysia berdaftar di Lubnan

Tiada pelajar Malaysia berdaftar di Lubnan

SUASANA pengebumian jenazah mangsa yang terbunuh dalam serangan udara Israel di perkampungan Jbal el-Botm di selatan Lubnan, kelmarin.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir mengesahkan tiada pelajar Malaysia yang berdaftar untuk melanjutkan pelajaran di Lubnan.

Namun, beliau berkata, pihaknya masih mendapatkan maklumat secara rasmi me­ngenai pelajar yang melanjutkan pelajaran secara tidak berdaftar di sana.

“Walau bagaimanapun, pelbagai langkah akan dibuat oleh Wisma Putra untuk memastikan rakyat Malaysia sama ada mereka pelajar secara tidak rasmi melalui madrasah ataupun sistem persekolahan di sana.

“Saya percaya Wisma Putra akan mengambil langkah pantas bagi memastikan ke­selamatan rakyat Malaysia di sana,” katanya kepada pemberita selepas hadir program In Person with Doc. Zam: ‘Tips & Tricks for Freshies’ sempena Minggu Apresiasi Watan (MAW) Sesi 2024/2025 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, semalam.

Terdahulu dilaporkan, kea­daan di Lubnan yang diserang Israel ketika ini sangat tegang dan rakyat Malaysia digesa segera meninggalkan negara itu.

Perkara tersebut disahkan Duta Besar Malaysia, Azri Mat Yacob yang dihubungi semalam bagi mendapatkan gambaran perkembangan terkini di Lubnan.

“Berdasarkan pemerhatian saya sendiri dan Kedutaan Besar di ibu kota Beirut, memang didapati keadaan negara ini masih tegang ekoran serangan berte­rusan Israel,” katanya.

Beliau merujuk konflik susulan operasi ketenteraan rejim Tel Aviv yang mengakibatkan ramai orang awam maut di selatan Lubnan yang bersempadan dengan Israel minggu lepas.

Pihak Hezbollah yang pro-Iran melancarkan ratusan bedilan roket dan dron ke Haifa, bandar di utara Israel kelmarin namun tiada kecederaan jiwa dilaporkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN