KOTA BHARU: Petani di Kampung But, Ketereh di sini mendakwa terpaksa menggunakan wang tabungan untuk meneruskan kelangsungan hidup selepas tidak dapat mengusahakan tanaman padi ekoran masalah bekalan air. Dakwa mereka, keadaan itu menyebabkan mereka mengalami kerugian teruk dalam tempoh tiga musim berturut-turut kerana kehilangan sumber pendapatan. Seorang pesawah, Aswari Nawi, 39, berkata, ketika ini dia bergantung sepenuhnya kepada wang tabungan setelah tiga musim kehilangan sumber pendapatan akibat masalah ketiadaan air. Menurutnya, bagi menggelak keadaan menjadi lebih parah dia terpaksa berjimat cermat bagi memastikan kewangannya diurus dengan baik. “Keadaan ini sangat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya