MEDAN: Pekerja Indonesia yang sanggup membayar beribu-ribu dolar untuk bekerja di United Kingdom sebagai pemetik buah kini pulang ke tanah air dalam keadaan berhutang selepas dipecat. Pekerja asing itu dipecat kerana tidak mencapai sasaran yang ditetapkan oleh pihak majikan. Seorang pekerja, Abdul berkata, dia berlepas ke UK bersama sembilan warga Indonesia lain, Mei lalu, di bawah skim pekerja bermusim negara itu yang memberikan pekerja asing visa enam bulan untuk bekerja di ladang British. Diupah oleh perekrut kerja UK, Agri-HR, Abdul dihantar ke Haygrove, sebuah ladang di Hereford, kira-kira 215 kilometer…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya