HANOI: Taufan Yagi, ribut paling kuat di Asia tahun ini, beransur lemah semalam selepas mengorbankan 21 nyawa dan menyebabkan kerosakan pada kilang serta infrastruktur di utara Vietnam. Bagaimanapun, Agensi Meteorologi Vietnam memberi amaran mengenai risiko banjir dan tanah runtuh ketika ribut itu bergerak ke arah barat. Kelmarin, Taufan Yagi menyebabkan gangguan bekalan elektrik dan telekomunikasi di ibu negara Vietnam, Hanoi, selain mengakibatkan banjir besar, pokok tumbang serta merosakkan banyak rumah. Bencana itu juga mengorbankan 21 orang di Vietnam dan mencederakan 229 yang lain, menurut anggaran awal daripada kerajaan. Terdahulu, taufan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya