TOKYO: Agensi Meteorologi Jepun (JMA) memberi amaran risiko tanah runtuh di pulau Amami di selatan Jepun, susulan taufan Bebinca menghampiri pesisir timur China. JMA dalam kenyataan berkata, taufan Bebinca melalui pulau Amami Jepun membawa tiupan angin sehingga 198 kilometer sejam. “Di rantau Amami, risiko tanah runtuh meningkat disebabkan oleh hujan lebat sehingga kini,” kata JMA. Bebinca diramalkan mendarat berhampiran Shanghai pada awal Isnin dan dijangka beransur lemah sebagai ribut tropika, disertai hujan lebat serta ribut petir di beberapa kawasan selatan Jepun. Ia mungkin menimbulkan risiko keselamatan awam di China ketika…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya