Tapir dari Hutan Simpan Jedok ditemukan terjatuh dalam parit air

Tapir dari Hutan Simpan Jedok ditemukan terjatuh dalam parit air

ANGGOTA Perhilitan Kelantan melakukan kerja-kerja menyelamat tapir betina yang ditemukan terjatuh ke dalam parit air di Kampung Padang Bukit, Lubuk Setol, Rantau Panjang, Kelantan.-IHSAN PERHILITAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Seekor tapir dari Hutan Simpan Jedok, Tanah Merah ditemukan terjatuh ke dalam parit air di Kampung Padang Bukit, Lubuk Setol di sini semalam.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Mohamad Hafid Rohani berkata, haiwan liar itu dipercayai telah tersesat sejauh 30 kilometer (km) dari habitat asalnya di Hutan Simpan Jedok.

“Kami (Perhilitan Kelantan) mengambil masa selama dua jam untuk mengeluarkan tapir betina itu dari parit tersebut.

“Sepanjang operasi menyelamat itu, kami mendapat bantuan dari anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Mohamad Hafid memberitahu, tapir berkenaan telah selamat dipindahkan ke habitat yang sesuai pada hari yang sama.

Katanya, terdahulu Perhilitan Kelantan menerima aduan orang ramai berhubung kemunculan haiwan liar itu pada pukul 1 tengah hari.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN