Tapir betina sesat, terperangkap dalam parit - Utusan Malaysia

Tapir betina sesat, terperangkap dalam parit

ANGGOTA APM dengan bantuan penduduk kampung mengeluarkan seekor tapir yang terperangkap dalam sebuah parit di Kampung Parit Mastar, Benut, Pontian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Seekor tapir betina seberat 200 kilogram (kg) yang terperangkap di dalam parit sebuah kebun pisang di Kampung Parit Mastar, Benut, dekat sini.

Menurut Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pontian, Kapten (A) Muhammad Izuddin Ali berkata, pihaknya menghantar seorang pegawai dan lima anggota ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam tentang kejadian itu pada pukul 8 pagi semalam.

Pihaknya dengan bantuan penduduk kampung mengambil masa kira-kira empat jam bagi menarik keluar tapir itu menggunakan tali.

“Alhamdulillah setelah empat jam berusaha, anggota APM dan orang kampung berjaya menaikkan tapir tersebut ke atas,” katanya ketika dihubungi di sini.

Muhammad Izuddin, tapir tersebut berkemungkinan sesat berdasarkan maklumat dari kampung yang tidak pernah menemui binatang itu sebelum ini.

“Tapir ini kami akan serahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri bagi tindakan selanjutnya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN