Taman Eko Rimba Terenggun terbiar, sunyi

Taman Eko Rimba Terenggun terbiar, sunyi

KEADAAN Taman Eko Rimba Terenggun di Padang Tengku, Lipis kini ‘kosong’ dan terbiar. – UTUSAN/NORFARHIZA MOHD ATAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Keadaan Taman Eko Rimba Terenggun, Padang Tengku di sini yang dahulunya cantik dan sering menjadi tumpuan orang ramai, kini ‘kosong’ dan terbiar.

Tinjauan Utusan Malaysia ke kawasan berkenaan mendapati tasik dan trek joging tidak diselenggara dengan baik selain keadaan sekitar dinaiki semak samun.

Tasik di Hutan Lipur Terenggun adalah peninggalan aktiviti perlombongan emas dan dahulunya turut berfungsi sebagai kawasan takungan air untuk penduduk Kuala Lipis.

Seorang penduduk, Norahisah Abdul Haddi, 38, berkata, lokasi itu terbiar sepi bukan sahaja membimbangkan daripada segi keselamatan, malah khuatir tentang kegiatan yang kurang sihat di taman eko rimba berkenaan.

“Saya dan keluarga pernah datang ke sini pada waktu siang dan mendapati bangunan termasuk tandas dan pondok rehat terbiar.

“Keadaan itu mampu mendorong pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menjadikan tempat itu sebagai ‘port’ bagi menjalankan kegiatan tidak bermoral seperti memadu kasih, menghisap dadah, melepak dan menghisap rokok,” katanya di sini.

Seorang lagi penduduk, Shamsul Roslan, 40 berkata, diharap, pihak bertanggungjawab dapat memajukan kembali taman eko rimba terbabit bagi menarik lebih ramai pengunjung ke kawasan berkenaan.

Menurutnya, ini kerana lokasi taman eko rimba itu strategik dan tidak jauh dari kawasan Bandar Kuala Lipis.

“Jika dilihat kawasan ini dilengkapi dengan tasik, trek berjoging dan tempat berkelah. Selain itu tandas, parkir dan pondok rehat turut ada.

“Sayang jika ia terbiar begitu sahaja. Jika kawasan ini dimaju dan diperindahkan semula, saya yakin ia mampu menarik orang ramai untuk beriadah dan melakukan pelbagai aktiviti termasuk berjoging, berkelah dan perkhemahan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya