Tak terbalas jasa, janji khidmat terbaik - Syed Hussien - Utusan Malaysia

Tak terbalas jasa, janji khidmat terbaik – Syed Hussien

SYED HUSSIEN Syed Abdullah (tengah) berswafoto dengan beberapa golongan muda yang menghadiri program Santai Bersama Masyarakat India di Pusat Pentadbiran Barisan Nasional di Taman Sri Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Sikap rendah diri calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah mendapat tepukan gemuruh daripada lebih 1,000 orang yang menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat India di Pusat Pentadbiran Barisan Nasional di Taman Sri Kluang, malam tadi.

Ketika diberi peluang menyampaikan ucapan, Syed Hussien dengan nada cukup sopan mengharapkan sokongan orang ramai, termasuk masyarakat India yang memenuhi setiap khemah disediakan dalam majlis berkenaan. 

“Tidak terbalas jasa melainkan berusaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua masyarakat di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota ini sekiranya diberikan peluang sebagai mewakili suara rakyat. 

“Cuma satu yang diharapkan adalah keluar beramai-ramai pada 28 September nanti dan memberikan sokongan kepada calon nombor satu,” katanya yang disulami dengan ucapan dalam bahasa Tamil.

Syed Hussien, 40, berdepan saingan daripada calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar, 61, dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota pada 28 September ini. 

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lalu semasa dirawat di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN