Tak lalu makan, muntah sebelum maut ketika daki Gunung Yong Belar

Tak lalu makan, muntah sebelum maut ketika daki Gunung Yong Belar

MAYAT mangsa berjaya dibawa keluar dari Gunung Yong Belar untuk dibawa di Hospital Gua Musang, Kelantan.-IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seorang lelaki mengalami simptom tidak lalu makan dan muntah-muntah sebelum meninggal dunia ketika mendaki Gunung Yong Belar yang terletak di sempadan Perak-Kelantan di sini hari ini.

Mangsa yang berusia 36 tahun dibawa turun oleh anggota bomba kira-kira pukul 2 pagi dan diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Hospital Gua Musang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Nor Azizi Che Noh berkata, mangsa dipercayai menunjukkan tanda-tanda tidak mahu makan dan muntah ketika berada di kawasan pergunungan itu.

Katanya, difahamkan sekumpulan tujuh orang pendaki bersama seorang malim itu mula mendaki gunung tersebut pada 16 September lalu.

“Selepas empat hari mendaki, malim membawa seorang peserta keluar sebelum seorang lagi sehari kemudian.

“Berdasarkan maklumat daripada pendaki yang sudah keluar, mangsa sudah menunjukkan tanda-tanda tidak mahu makan dan muntah. Malim yang berada di luar bertindak masuk kembali bersama seorang lagi pendaki untuk mencari tiga lagi rakannya termasuk mangsa.

“Selepas dua jam setengah perjalanan, mereka bertemu mangsa dalam keadaan separuh sedar manakala rakannya dalam keadaan kelaparan kerana kehabisan bekalan makanan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Nor Azizi memberitahu, malim cuba membawa mangsa dengan menggunakan beg tidur untuk keluar selama setengah jam.

Menurutnya, selepas itu, malim keluar seorang diri dan meninggalkan mangsa bersama rakan apabila dimaklumkan Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) Balai Bomba Gua Musang sampai kira-kira pukul 5 petang semalam.

“Dalam usaha masuk ke lokasi mangsa, pasukan SAR bersama malim tersasar sebanyak dua kali dari trek menyebabkan mereka gagal sampai dan terpaksa berpatah balik.

“Ketika malim dapat dihubungi melalui radio, peserta yang berada bersama mangsa memaklumkan lelaki itu sudah meninggal dunia,” ujarnya.

Tambahnya, mangsa bersama peserta pendaki berjaya dibawa keluar pada pukul 2 pagi dan diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Hospital Gua Musang.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN