Syed Saddiq tamatkan larian di KBHM

Syed Saddiq tamatkan larian di KBHM

SYED Saddiq Syed Abdul Rahman gembira selepas menamatkan larian Kota Bharu Half Marathon (KBHM) di Kota Bharu, Kelantan, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan larian sejauh 21.1 kilometer pada Kota Bharu Half Marathon (KBHM), di sini hari ini.

Syed Saddiq mengambil masa selama 1 jam 46 minit untuk menamatkan larian tersebut.

Penasihat KBHM, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, bekas Menteri Belia dan Sukan itu menamatkan larian dalam tempoh jangka masa yang baik.

Katanya, Syed Saddiq beritahu beliau berpuas hati dengan penganjuran KBHM.

“Beliau akan menyertainya lagi pada masa hadapan begitu juga dengan Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ).

“Untuk larian kali ini, KJ tidak dapat menyertai kerana mempunyai urusan,” katanya semasa ditemui pemberita pada program KBHM di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Khairy Jamaluddin dan Syed Saddiq antara berentap dalam acara larian Kota Bharu Half Marathon (KBHM) Sabtu ini.

Penasihat KBHM, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memberitahu, kedua-dua mereka bakal bertarung bersama lebih 1100 peserta bagi kategori 21.1 kilometer (km).

Menurut beliau dua lagi kategori sempena Tahun Melawat Kelantan itu ialah 10km dan 5km. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN