Syed Hussien tiada rekod jenayah - Ahmad Zahid - Utusan Malaysia

Syed Hussien tiada rekod jenayah – Ahmad Zahid

AHMAD ZAHID Hamidi (kanan) berbincang sesuatu dengan Syed Hussien Syed Abdullah ketika hadir dalam Majlis Tautan Kasih di Kampung Orang Asli Tanah Runtuh, Kluang .
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Dakwaan kononnya calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah mempunyai rekod jenayah lampau membuktikan Perikatan Nasional (PN) kekeringan modal kempen dan hanya semata-mata untuk menghilangkan keyakinan pengundi. 

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, hasil semakan pihaknya mendapati tiada rekod jenayah seperti di gembar-gemburkan pembangkan, malah kejadian itu berlaku ketika Syed Hussien Syed Abdullah berusaha untuk membantu seorang individu berstatus orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan. 

Katanya, Syed Hussien tidak ditangkap polis apatah lagi diheret ke mahkamah. 

“Ini membuktikan mereka ketandusan isu, maka mereka mencari isu peribadi untuk menghilangkan keyakinan pengundi kepada calon. 

“Keadaan ini dilakukan apabila mendapati setiap kempen yang dijalankan tidak mendapat sambutan, khususnya daripada pengundi di DUN Mahkota,” katanya diminta mengulas dakwaan pembangkang bahawa Syed Hussien mempunyai rekod 

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian selepas menghadiri Majlis Tautan Kasih di Kampung Orang Asli Tanah Runtuh, dekat sini hari ini. 

Yang turut hadir, Timbalannya, Datuk Rubiah Wang, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan serta Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Wilayah negeri, Datuk Zahari Sarip. 

Semalam, Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Badrul Hisham Shaharin mendakwa Syed Hussien mempunyai tiga rekod jenayah yang dikatakan berlaku pada tahun 2007.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Cikgu Bard menuntut penjelasan daripada UMNO berkaitan laporan berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN