KLUANG: Calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Perdana, di sini pagi ini. Beliau tiba di pusat mengundi tersebut pada pukul 8.53 pagi. Hari ini adalah hari pengundian bagi PRK DUN Mahkota bagi memilih wakil rakyat baharu susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain pada 2 Ogos lalu. PRK tersebut menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Syed Hussien dengan calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar. – UTUSAN
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya