[RASMI] Syed Hussien menang besar dengan majoriti 20,648 undi. - Utusan Malaysia

[RASMI] Syed Hussien menang besar dengan majoriti 20,648 undi.

KEMENANGAN Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil DUN Mahkota pada September lalu dikatakan antara petanda kebangkitan semula BN. Kemenangan itu turut dikaitkan dengan keserasian kerjasama antara BN dan Pakatan Harapan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah, 40, bukan sahaja mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, malah menang dengan majoriti besar dalam Pilihan Raya  Kecil (PRK), hari ini.

Setelah proses penjumlahan undi melibatkan 121 saluran di 20 pusat pengundian selesai, Syed Hussien yang menangi di semua ousat pengundian mendapat 27,995 undi, sekali gus menang dengan majoriti 20,648 undi.

Calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar pula jauh ketinggalan apabila hanya mendapat 7,347 undi.

Undi yang ditolak berjumlah 329 undi.

Kemenangan Syed Hussien diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Azurawati Wahid pada pukul 9.05 malam.

Peratusan pengundian lebih 53.84 peratus daripada jumlah keseluruhan 66,318 pengundi di  DUN Mahkota.

PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain pada 2 Ogos lalu.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2022, Sharifah Azizah menang dengan majoriti 5,166 undi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya