Syed Hussein dedikasi kemenangan untuk arwah bapa, ziarah pusara esok - Utusan Malaysia

Syed Hussein dedikasi kemenangan untuk arwah bapa, ziarah pusara esok

SYED HUSSIEN Syed Abdullah mencium tangan ibu saudaranya, Sharifah Rohaya Syed Abd. Hamid selepas diumumkan sebagai pemenang PRK DUN Mahkota di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota yang baharu, Syed Hussein Syed Abdullah sebak sebaik sahaja diumumkan sebagai pemenang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK), malam ini.

Syed Hussein, 40, akan menziarahi pusara bapanya, Allahyarham Syed Abdullah Syed Abd. Hamid yang meninggal dunia pada 10 September lalu selepas beberapa hari beliau diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi PRK DUN Mahkota.

“Esok, perkara pertama saya akan ziarah, saya nak bagi tahu abah, saya dedikasikan dan buat terbaik untuk semua.

“Alhamdulillah, perasaan saya selepas diumumkan sebagai pemenang, begitulah hikmahnya apabila kita berkempen secara berkeluarga serta sebuah pasukan,” katanya ditemui sejurus diumumkan memenangi PRK DUN Mahkota di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, di sini.

Dalam pada itu, Syed Hussein menzahirkan ucapan terima kasih kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Pengarah Pilihan Raya yang juga Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan akan pimpinan yang banyak membantu serta bertungkus-lumus bagi memastikan BN mengekalkan kerusi DUN Mahkota.

“Tidak lupa juga saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada UMNO Bahagian Kluang, rakan-rakan pimpinan dan juga rakan gabungan Pakatan Harapan (PH),” katanya.

Sementara itu, Onn Hafiz merakamkan penghargaan kepada pengundi DUN Mahkota kerana telah memberi mandat kepada Syed Hussein untuk menjadi wakil rakyat mereka.

“Seperti yang dijanjikan selepas diberi mandat, esok saudara Syed Hussein akan terus bekerja untuk masyarakat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN