Surau kecil di pekan Chengkau tidak jadi dirobohkan - Utusan Malaysia

Surau kecil di pekan Chengkau tidak jadi dirobohkan

PENDUDUK dan peniaga di hadapan sebuah surau kecil di pekan Chengkau, Rembau yang sebelum ini dirancang untuk dirobohkan.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Peniaga dan orang awam yang memanfaatkan kemudahan sebuah surau kecil di pekan Chengkau sejak lebih 20 tahun lalu kini boleh menarik nafas lega apabila kemudahan tersebut tidak akan diroboh seperti yang dirancangkan sebelum ini.

Yang Dipertua Majlis Daerah Rembau, Mohd. Zamri Mohd. Esa berkata, keputusan itu dibuat selepas tinjauan dibuat di surau berkenaan selepas mendapat aduan dari penduduk dan peniaga.

Katanya yang juga Pegawai Daerah Rembau, keputusan juga diambil supaya surau berkenaan ditambahbaik keadaannya untuk pengguna di kawasan sekitar pekan Chengkau.

“Sekarang ini terdapat kerja-kerja pembaikkan tandas di kawasan tersebut. Pegawai saya tersilap kerana menyangka surau tersebut tidak digunakan lagi kerana bekalan api dan air tidak lagi dibekalkan. 

“Oleh yang demikian dia memohon kontraktor melihat samada surau tersebut boleh dirobohkan namun kini keputusan telah dibuat untuk tidak merobohkan surau ini malah dibaik pulih demi keselesaan penduduk,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan sebelum ini terdapat aduan di mana surau tersebut telah dirosakkan dan terdapat beberapa botol minuman keras ditinggalkan di dalam surau tersebut. 

“Ia juga menjadi tempat tinggal untuk gelandangan di kawasan tersebut,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan peniaga dan penduduk di kawasan pekan Chengkau, kesal apabila kemudahan surau berusia lebih 20 tahun di situ akan dirobohkan tidak lama lagi.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya