Sultan Muhammad V yakin pembangunan di Gunung Chamah mampu pacu ekonomi di Kelantan Selatan

Sultan Muhammad V yakin pembangunan di Gunung Chamah mampu pacu ekonomi di Kelantan Selatan

Sultan Muhammad V (tengah) mencemar duli ke Istiadat Pemeriksaan Perbarisan Kehormatan sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan di Istana Balai Besar, Kota Bharu, Kelantan hari ini.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yakin pembukaan kawasan pembangunan baharu di Gunung Chamah, Gua Musang mampu memacu pertumbahan ekonomi di kawasan Kelantan Selatan.

Baginda bertitah, perancangan yang dibuat perlu memastikan pembangunan lestari dengan menitikberatkan penjagaan alam sekitar.

“Beta mendapati bahawa kerajaan telah memulakan langkah ke arah pembangunan baharu yang mampu mewujudkan peluang ekonomi baharu,” katanya semasa menyampaikan titah pada Majlis Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri Sempena Hari Keputeraan Baginda Ke-55 di  Istana Balai Besar, di sini hari ini.

Pada Majlis tersebut, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendahului senarai 763 penerima darjah kebesaran bintang, pingat dan surat kepujian sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan.

Anwar dikurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) membawa gelaran Datuk.

Sultan Muhammad V turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan yang memanjangkan landasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa daripada 2,400 kepada 2,800 meter.

Titah Baginda, langkah itu merupakan satu usaha dalam menjadikan LTSIP sebagai sebuah lapangan terbang bertaraf antarabangsa sekali gus meningkatkan infrastruktur pengangkutan negara.

“Jaringan pengangkutan darat pemainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. 

“Sukacita beta, menyeru agar projek Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 3 (LTP 3) dapat dipercepatkan pelaksanaannya,” titah baginda.

Sementara itu, Sultan Kelantan turut menyeru semua pihak agar meningkatkan kemudahan pelancongan dan kebersihan serta memperkenalkan produk pelancongan negeri.

“Beta dimaklumkan, sektor pelancongan Kelantan menyumbang sebanyak RM2.6 bilion kepada ekonomi negeri pada tahun 2023.

“Beta berharap sempena Tahun Melawat Kelantan tahun ini, jumlah pelawat domestik dan pelancong mampu mengatasi rekod pada tahun 2023. Tahun 2023, seramai 4.09 juta pelancong dan 7.55 juta pelawat domestik,” titah baginda.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya