Sukar naik taraf sistem perparitan Pengkalan Rama Tengah

Sukar naik taraf sistem perparitan Pengkalan Rama Tengah

MOHD. NOOR HELMY Abdul Halem memperkatakan sesuatu kepada beberapa wakil agensi sewaktu meninjau pembersihan longkang di Pengkalan Rama Tengah, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Masalah pemilikan tanah melibatkan generasi pertama sama ada tidak dapat dikesan atau meninggal dunia menjadi penghalang usaha menaik taraf sistem perparitan di Pengkalan Rama Tengah di sini, lantas menjejaskan 40 buah rumah yang kerap dilanda banjir kilat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd. Noor Helmy Abdul Halem berkata, masalah itu berlanjutan kepada generasi kedua dan ketiga sehingga menyulitkan lagi usaha bagi mengatasi masalah sejak 20 tahun lalu.

Beliau berkata, selain itu masalah kewangan juga menjadi antara faktor usaha mengatasi bencana itu tidak dapat diatasi sehingga kini.

“Punca utama banjir kilat yang kerap berlaku di kampung ini kerana sistem perparitan yang tidak terancang sejak dulu lagi, kesan daripada pembangunan yang tidak dirancang.

“Penyelenggaran longkang monsun yang tidak berkala dan menyeluruh turut menyumbang kepada musibah yang melanda penduduk di taman ini yang rata-ratanya adalah warga emas.

“Isu yang diwarisi sejak dulu lagi menyebabkan 40 buah rumah berulang kali dilanda banjir kilat, sebagai contoh bulan ini sahaja kawasan ini tiga kali dilanda bencana ini,” katanya ketika ditemui selepas meninjau kerja-kerja pembersihan longkang di Pengkalan Rama Tengah, semalam.

Tambah Mohd. Noor Helmy, beliau telah meminta bantuan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) melalui unit teknikal masing-masing untuk mencari kaedah menyelesaikannya.

“Walaupun JKR dan MBMB tidak terlibat secara langsung berkaitan masalah sistem perparitan tetapi idea mereka amat perlu untuk merangka pelan jangka pendek dan jangka panjang.

“Pihak yang terlibat secara langsung seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), SWCorp dan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) turut hadir meninjau longkang untuk mencari jalan dengan kekangan ruang yang ada dan kewangan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya