Struktur tanah, tembok rumah runtuh ketika hujan lebat - Utusan Malaysia

Struktur tanah, tembok rumah runtuh ketika hujan lebat

KEADAAN sebuah rumah di Taman Desa Flora, Senawang, Seremban selepas berlaku kejadian runtuhan struktur tanah di rumah itu tengah hari tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Hujan lebat yang melanda sekitar daerah ini tengah hari tadi telah menyebabkan berlaku runtuhan struktur tanah pada sebuah rumah dalam kejadian di Taman Desa Flora, Senawang tengah hari tadi.

Pemilik rumah berkenaan, Zamri Baba, 57, berkata, kejadian runtuhan secara tiba-tiba itu berlaku kira-kira pukul 1.45 tengah hari tadi iaitu ketika hujan lebat yang turut menyebabkan tembok pagar rumahnya roboh.

“Saya pada ketika itu berada di garaj kereta dan isteri saya yang menyedarinya terlebih dahulu selepas mendengar bunyi runtuhan yang kuat.

“Memang memeranjatkan kerana sebelum ini tidak ada tanda-tanda seperti retakan pada dinding tembok ataupun hakisan tanah. Saya tidak tahu apa puncanya,” katanya ketika ditemui di sini.

Zamri yang telah mendiami rumah itu sejak 14 tahun lalu memberitahu, susulan kejadian tersebut pihak Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah hadir untuk memeriksa keadaan runtuhan tersebut.

“Pihak MBS hadir membersihkan runtuhan dan saya dimaklumkan kawasan runtuhan akan diletakkan kanvas terlebih dahulu sebelum lantikan kontraktor dibuat untuk memperbaiki runtuhan ini,” katanya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya