ST Rosyam Mart sasar 25 cawangan menjelang 2027

ST Rosyam Mart sasar 25 cawangan menjelang 2027

AMINUDDIN Harun bersama Rosyam Nor dalam majlis pembukaan ST Rosyam Mart Senawang di Seremban, semalam. – UTUSAN/NOR SHAFAWATI YUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pasar raya ST Rosyam Mart menyasarkan pembukaan 25 cawangan di seluruh negara menjelang 2027.

Ahli Lembaga Pengarahnya, Datuk Rosyam Nor berkata, pihaknya mahu meneroka peluang di selatan tanah air dalam masa terdekat.

“Kami menyasarkan pembukaan sekitar empat hingga lima buah cawangan dalam tempoh setahun dan berkembang secara organik bermula di Lembah Klang, Selangor seterusnya di selatan tanah air.

“Selepas pembukaan cawangan Senawang, kami berhasrat membuka di Nilai, kemudian Melaka, Johor dan mungkin pula Pantai Timur,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pembukaan ST Rosyam Mart Senawang di sini, semalam.

Majlis perasmian disempurnakan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Rosyam berkata, Pasar Raya ST Rosyam Mart cawangan Senawang merupakan yang pertama dibuka di luar Lembah Klang dan yang ketujuh di seluruh negara.

“Pasar Raya ST Rosyam Mart Senawang merupakan cawangan kami yang terbesar dengan keluasan 55,000 kaki persegi dan beroperasi 24 jam.

“Sempena pembukaan hari pertama, kami menawarkan 5,000 ekor ayam pada harga 88 sen sahaja seekor selain produk makanan seperti timun, mi kuning dan bebola ikan berharga 8 sen,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya