Sri Pahang tewas 0-3 kepada Perak - Utusan Malaysia

Sri Pahang tewas 0-3 kepada Perak

SRI Pahang tewas 0-3 kepada Perak dalam aksi di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh di Temerloh, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Sri Pahang gagal meneruskan rentak kemenangan ke tiga di laman sendiri selepas tewas 0-3 kepada Perak di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh di sini.

Penjaga gol Perak FC, Haziq Nadri terlebih dahulu diuji penyerang import Sri Pahang, Kpah Sherman melalui sepakan deras ke arah gawang gol pelawat pada minit pertama perlawanan.

Bagaimanapun percubaan sulung penyerang kelahiran Algeria tersebut berjaya dinafikan Haziq yang dilihat lebih bersedia mengawal gawang golnya daripada dibolosi.

Selepas serangan pantas tuan rumah itu, anak buah Yusri Che Lah cepat bertindak balas untuk melakukan lebih banyak serangan ke arah pintu gol Sri Pahang.

Dalam tempoh 12 minit, Perak FC berjaya mendapat tiga sepakan sudut tetapi masih gagal menewaskan penjaga gol Sri Pahang, Mohamad Aftar Arif Mohd. Sukri.

Kapten Perak FC, Lusiano GuayCochea dan Clyton Da Silva memiliki peluang terbaik menjaringkan gol tetapi pertahanan Sri Pahang cemerlang membantu Mohamad Aftar mengawal pintu gol tuan rumah.

Kesempatan terbaik Sri Pahang untuk mendahului pelawat hadir pada minit ke-25 apabila Haziq melakukan kesilapan mudah selepas hantarannya ke arah rakan di depan gol menuju ke arah Sherman, namun, sepakannya ke arah gawang gol Perak FC tersasar sedikit di sebelah kiri tiang gol.

Pada minit ke-42, melalui sepakan sudut, bola tandukan Lusiano akhirnya berjaya menerjah ke gol tuan rumah untuk Perak FC mendahului 1-0 sekali gus bekalan agak selesa ke separuh masa ke dua.

Bermula separuh masa kedua, Lusiano menambah koleksi jaringan apabila sekali lagi menjaringkan gol ke dua pelawat.

Sri Pahang yang mahukan kemenangan ke tiga di hadapan penyokong sendiri melakukan gerakan terbaik minit ke-54 tetapi sentuhan akhir Sherman sedikit tersasar walaupun Haziq sudah pun tertewas.

Ketika Sri Pahang banyak melakukan serangan untuk mengurangkan kelebihan gol pelawat, Perak FC berjaya menambah jaringan pada minit ke-62 selepas sepakan Firdaus Sayadi menewaskan penjaga gol tuan rumah untuk gol ke tiga.

Anak buah Fandi Ahmad terus berusaha mencetak gol tetapi pertahanan Perak FC kebal mengawal pintu gol untuk kedudukan kekal hingga ke wisel penamat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya