Sokongan, kaunseling untuk Cikgu Sabrina - Fadhlina - Utusan Malaysia

Sokongan, kaunseling untuk Cikgu Sabrina – Fadhlina

FADHLINA Sidek (tiga dari kiri) melihat demonstrasi membuat air soya dan cincau oleh pelajar pada Hari TVET Sekolah Peringkat Kebangsaan di Dewan SMK Seri Perdana, Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG- Kementerian Pendidikan akan memberikan sokongan termasuk kaunseling kepada guru, Sabrina Hakiem Zaini, 39, selepas anaknya berusia lapan bulan meninggal dunia di sebuah taman asuhan di Alor Gajah, Melaka, Jumaat lalu. 

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya juga akan memastikan guru berkenaan diberikan perhatian dan pembelaan sewajarnya.

“Pertamanya, saya ucapkan takziah kepada guru berkenaan dan keluarganya. Sesungguhnya tragedi yang berlaku itu memberi kesan kepada kita semua.

“Insya-Allah kita akan lakukan apa sahaja yang terbaik sebagai sokongan kepada guru ini dan di pihak kementerian, pelbagai langkah sudah diambil bagi memastikan kesejahteraan dan kebajikan guru ini dijaga,” katanya ditemui selepas melancarkan Hari TVET Sekolah Peringkat Kebangsaan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)  Seri Perdana, di sini hari ini. 

Jumaat lalu media melaporkan  kematian seorang bayi berusia lapan bulan yang tidak sedarkan diri di sebuah taska di Taman Kelemak Utama, Alor Gajah, Melaka.

Lebih menyedihkan, bayi lapan bulan itu merupakam zuriat yang ditunggu-tunggu selama 13 tahun dan baru lima hari dihantar ke taska berkenaan.

Bapa mangsa, Mejar Ir. Ts. Mohd. Fikry Amri Abd. Halim, 39, yang berkhidmat di Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur berkata, disebabkan kesukaran untuk mendapatkan zuriat, isterinya yang bertugas sebagai guru sanggup mengambil cuti tanpa gaji selama setahun.

Bayi mereka baru lima hari dihantar ke taska berkenaan memandangkan cuti tanpa gaji isterinya hampir tamat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya