SINGAPURA: Singapura mengumpulkan hasil cukai sebanyak S$80.3 bilion (RM267.60 bilion) untuk tahun kewangan 2023/2024, meningkat sebanyak 17 peratus berbanding tahun sebelumnya. Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri Singapura (IRAS) semalam, peningkatan itu mencerminkan pertumbuhan ekonomi yang kukuh dan pertumbuhan gaji nominal di Singapura pada tahun 2022. Jelas agensi itu seperti dipetik Channel News Asia, jumlah kutipan hasil terbabit mewakili kira-kira 77.6 peratus daripada hasil operasi kerajaan dan 11.9 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Singapura. “Cukai yang diperoleh digunakan untuk membiayai perkhidmatan penting untuk komuniti, memacu pertumbuhan ekonomi, meningkatkan persekitaran…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya