SHANGHAI: Taufan Bebinca melanda Shanghai awal hari ini, ribut tropika paling kuat mendarat di pusat kewangan China dalam tempoh lebih 70 tahun. Dengan kelajuan angin maksimum 151 kilometer sejam berhampiran pusatnya, Bebinca mendarat di bandar raya Shanghai yang mempunyai populasi hampir 25 juta penduduk sekitar pukul 7.30 pagi Isnin (waktu tempatan). Media kerajaan melaporkan, ia adalah ribut terkuat yang melanda Shanghai sejak Taufan Gloria pada tahun 1949. Menurut pihak berkuasa…










