Serbuan kedua GISBH di Melaka, 15 lagi kanak-kanak

Serbuan kedua GISBH di Melaka, 15 lagi kanak-kanak diselamatkan

PREMIS milik GISBH di Krubong, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seramai 15 lagi kanak-kanak diselamatkan pihak polis hasil serbuan di tiga premis berkaitan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) di Taman Ayer Molek Perdana, Masjid Tanah dan Kampung Nelayan, Kuala Linggi dekat sini antara pukul 2 hingga 3 petang, hari ini.

Ini menjadikan jumlah kanak-kanak yang berjaya diselamatkan hari ini di sekitar Melaka adalah seramai 34 orang.

Difahamkan, empat ahli dewasa yang terdiri daripada seorang lelaki dan tiga perempuan turut ditahan dalam serbuan petang tadi di dua buah kediaman ahli GISBH di Taman Ayer Molek Perdana.

Selain itu, dua lagi ahli lelaki ditahan di limbungan dipercayai milik syarikat itu di Kampung Nelayan.

Pagi tadi, kira-kira 15 premis termasuk sebuah kediaman ahli GISBH di sekitar negeri ini diserbu polis.

Difahamkan, polis berjaya menahan 24 individu termasuk 19 kanak-kanak yang diselamatkan dari sebuah rumah di Kuala Sungai Baru, Alor Gajah.

Lima ahli dewasa yang terdiri daripada dua lelaki dan tiga wanita turut ditahan di kediaman berkenaan.

Premis lain yang diserbu adalah rumah amal, bakeri, restoran, kedai langsir, pasar mini, kilang memproses kuetiau dan pejabat pengurusan.

Kebanyakan premis telah dikosongkan termasuk dua buah banglo yang dijadikan rumah amal di Krubong.

Operasi bersepadu itu turut melibatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Kerja Raya (JKR). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN