BEIRUT: Serangan udara Israel hari ini membunuh lima askar Syria berhampiran sempadan dengan Lubnan, lapor agensi berita rasmi SANA. Memetik sumber tentera, SANA melaporkan, tentera Israel melakukan serangan udara terhadap salah satu kawasan tentera berhampiran Kfar Yabus di sempadan Syria-Lubnan. Menurut sumber, lima askar Syria terbunuh dan seorang lagi cedera dalam serangan terbaharu itu. Serangan berlaku sehari selepas tentera Israel mendakwa pesawat perangnya menyerang infrastruktur di sepanjang sempadan Syria-Lubnan, yang digunakan Hezbollah untuk memindahkan senjata dari Syria. Badan pemantau hak asasi manusia Syria melaporkan, pesawat perang Israel menyasarkan persimpangan yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya