Serang Balai Polis Ulu Tiram: Radin Imran didakwa miliki buku berkaiatan IS - Utusan Malaysia

Serang Balai Polis Ulu Tiram: Radin Imran didakwa miliki buku berkaiatan IS

RADIN IMRAN Mohd. Yasin (atas) dan Radin Romyulah (kiri, bawah) dan Rosna Jantan antara lima sekeluarga dibawa ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru untuk sebutan semula kes memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas IS.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Ayah suspek penyerang Balai Polis Ulu Tiram pada 19 Jun lalu, Radin Imran Mohd. Yassin, 62, didakwa atas pertuduhan baharu memiliki sebuah buku berkaitan kumpulan pengganas Islamic State (IS).

Pertuduhan baharu, iaitu memiliki buku ‘Hakikat Islam dan Hakikat Syirik’ oleh Abu Sulaiman Aman Abdurrahman difailkan Timbalan Pendakwa Raya, Yazid Mustaqim Roslan di hadapa Hakim Mahkamah Sesyen, Rasidah Roslee.

Radian Imran didakwa di bawah Seksyen 130J-B(1)(a) Kanun Keseksaan (Akta 574).

Terdahulu, pendakwaan terhadap lima ahli keluarga suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram pada 19 Jun lalu akan disebut semula pada 24 September ini.

Rasidah menetapkan tarikh itu selepas pihak pendakwaan memohon tarikh baharu bagi serahan dokumen melibatkan laporan pakar

Yazid Mustaqim Roslan memberitahu mahkamah bahawa pihaknya memerlukan masa kira-kira sebulan bagi penyediaan laporan pakar berkenaan.

Kelima-lima tertuduh diwakili peguam bela, Arief Firdaus Ashikin.

Sementara itu, kelima-lima suspek termasuk Radin Romyulah Radin Imran, 34, Rosna Jantan, 59, Farhah Sobrina Radin Imran, 32, dan Mariah Radin Imran, 19, tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 8.40 pagi.

Kesemua mereka hadir dengan kawalan ketat pihak polis yang lengkap bersenjata.

Lima sekeluarga suspek kes tersebut sebelum ini berdepan sembilan pertuduhan berasingan termasuk menggalakkan dan menanam fahaman kumpulan IS pada 19 Jun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya