Seorang lelaki maut, rakan cedera diserang, dipijak gajah - Utusan Malaysia

Seorang lelaki maut, rakan cedera diserang, dipijak gajah

SEORANG lelaki maut, manakala rakannya cedera dipercayai diserang seekor gajah di kawasan belakang Sekolah Kebangsaan (SK) LKTP Tenggaroh 5, Mersing.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING: Tindakan dua lelaki cuba menghalau seekor gajah liar membawa padah apabila seorang daripadanya maut diserang binatang itu di kawasan belakang Sekolah Kebangsaan (SK) LKTP Tenggaroh 5, dekat sini pagi tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenggaroh, K. Raven Kumar berkata, pada pukul 8.30 pagi, pengurus Felda itu menerima maklumat terdapat seekor gajah di kawasan belakang sekolah.

Pengurus berkenaan turut menyalurkan maklumat itu kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bagi tindakan lanjut.

“Walau bagaimanapun, pada pukul 11.30 pagi, pengurus tersebut menerima panggilan mengatakan terdapat dua individu diserang dan dipijak gajah.

“Difahamkan seorang mangsa maut akibat kejadian itu dan mereka dipercayai mendekati gajah bagi tujuan menghalaunya dengan membawa kayu. Seorang lagi mangsa kinibdirawat di hospital. 

“Kami berdukacita dengan kejadian itu dan menggesa Perhilitan mengambil tindakan sesuai dengan segera bagi menangani isu gajah berkeliaran di kawasan perumahan,” katanya.

Katanya, sebelum ini binatang liar itu pernah dilihat berkeliaran di beberapa kawasan agak jauh dari lokasi kejadian.

Berdasarkan maklumat diterima menerusi pemantauan dron yang dilakukan, gajah berkenaan kini bergerak ke kawasan lain.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon mengesahkan pihak Perhilitan menerima laporan berkaitan kejadian itu dan telah berada di lokasi untuk tindakan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN