Selepas harimau, kambing gurun pula muncul di Gua Musang

Selepas harimau, kambing gurun pula muncul di Gua Musang

TANGKAP layar kelibat seekor kambing gurun di Gua Musang, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Selepas dikejutkan dengan kemunculan harimau belang, jajahan Gua Musang terus menjadi sohor kini apabila seekor kambing gurun ditemukan berkeliaran di kawasan berkenaan.

Kemunculan haiwan liar itu dirakam oleh Ahmad Faisal Abas yang kemudian memuat naik video berdurasi 33 saat itu laman sosial Facebook miliknya hari ini.

Rakaman itu menarik perhatian pengguna laman sosial sehingga ada yang teruja melihat gelagat kambing gurun tersebut.

Semalam, Ahmad Faisal telah memuat naik video seekor harimau belang di jalan Jelawang-Gua Musang selepas terserempak dengan haiwan liar itu.

Sementara itu Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan mengesahkan kambing yang tular itu adalah spesis kambing gurun.

Katanya, bagaimanapun setakat ini Perlihatan Kelantan tidak menerima laporan berkait penemuan haiwan liar berkenaan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya