Segerakan kerja pembangunan di daerah Kluang - Ahmad - Utusan Malaysia

Segerakan kerja pembangunan di daerah Kluang – Ahmad

AHMAD Maslan (kiri) melakukan Ziarah Kasih dan Ziarah Mesra kepada sebuah keluarga di Kampung Melayu 2, Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Semua projek melibatkan Kementerian Kerja Raya seperti membaik pulih, membesarkan dan membaiki lampu solar jalan di daerah ini akan segera dilaksanakan, khususnya bagi memenuhi permintaan masyarakat dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota. 

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perkara itu telah dibincangkan di peringkat kementerian, yang sudah tentunya dalam pengetahuan Jabatan Kerja Raya negeri ini.

“Itu urusan JKR secara terus dan yang mana boleh selesaikan kita akan selesaikan segera,” katanya ketika ditemui dalam program Ziarah Kasih dan Ziarah Mesra di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Masjid Lama, di sini hari ini. 

Ahmad berkata, kerja-kerja yang tidak secara terus melibatkan kementerian tersebut seperti pembinaan semula bangunan daif di dua buah sekolah, JKR Kluang sebagai pegawai penguasa akan memantau secara teliti. 

Beliau percaya kementerian lain juga sedang mengusahakan langkah penyelesaian segera seperti masalah banjir. 

Mengenai program  Ziarah Kasih dan Ziarah Mesra, beliau yang juga Timbalan Badan Perhubungan UMNO Johor memaklumkan semua 18 PDM di dalam DUN Mahkota sudah dilawatinya yang berakhir hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN