DHAKA: Ribuan pelajar berhimpun di Bangladesh pada Khamis untuk memperingati sebulan kejatuhan bekas Perdana Menteri, Sheikh Hasina dalam protes Dhaka, Julai lalu. Pelajar, pekerja dan keluarga mereka yang terkorban dalam pergolakan itu menyertai perarakan dengan membawa bendera negara sambil melaungkan slogan. Protes antikerajaan yang bermula pada Julai pada awalnya adalah gerakan dipimpin pelajar untuk membantah sistem kuota pekerjaan sektor awam, sebelum meluas menjadi kebangkitan nasional menentang Hasina. Lebih 1,000 maut dalam pergolakan tersebut, memaksa Hasina meletakkan jawatan dan melarikan diri ke India pada 5 Ogos, sejurus kediaman rasminya diserbu oleh…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya