Rumah Orang Asli dibina ikut cita rasa, budaya mereka - Ahmad Zahid - Utusan Malaysia

Rumah Orang Asli dibina ikut cita rasa, budaya mereka – Ahmad Zahid

AHMAD ZAHID HAMIDI (tengah) bersama dengan sebahagian masyarakat Orang Asli pada Majlis Tautan Kasih di Kampung Orang Asli Tanah Runtuh, Kluang, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Pembinaan rumah bagi menempatkan masyarakat Orang Asli akan dibina mengikut cita rasa dan budaya kaum minoriti itu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberikan beliau satu kertas kerja selepas Mesyuarat Jemaah Menteri semalam.

“Perdana Menteri telah memberikan satu kertas kerja kepada saya dan saya telah serahkan kepada Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).

“Apa yang Perdana Menteri mahukan dan mengarah kepada saya bahawa rumah-rumah Orang Asli mesti didirikan sesuai dengan cita rasa mereka dan mengikut budaya dan latar belakang.

“Perkara ini dipersetujui secara dasar dan satu sesi penerangan akan diberikan kepada semua Tok Batin di seluruh negara,” katanya dalam ucapan pada Majlis Tautan Kasih di Kampung Orang Asli Tanah Runtuh, dekat sini hari ini. 

Beliau turut mengarahkan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk melebarkan jalan masuk ke kampung berkenaan.

“JKR kena buat itu nanti. Ini bukan janji pilihan raya, ini perintah. Tok Mat (Ahmad) jaga Orang Asli ini, peruntukan abang bagi. Adik buat (jalan) bagi kereta yang masuk ke sini boleh selisih.

“Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan jabatan-jabatannya amat prihatin kepada Orang Asli dan Insya-Allah apabila Akta Orang Asli 1954 ini siap akta baru, dasar pembangunan Orang Asli ini saya yakin kehidupan mereka akan terus bertambah baik.” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya