RPS Betau dipilih Kampung Angkat Madani Kementerian Pendidikan - Utusan Malaysia

RPS Betau dipilih Kampung Angkat Madani Kementerian Pendidikan

FADHLINA Sidek (tengah) bersama murid Orang Asli sempena Majlis Peluncuran Kampung Angkat Madani KPM Tahun 2024 di SMK RPS Betau di Lipis, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Rancangan Penempatan Semula (RPS) Betau, Mukim Jelai di sini dipilih sebagai Kampung Angkat Madani Kementerian Pendidikan dalam usaha meningkatkan pembangunan membabitkan aspek infrastruktur dan pendidikan Orang Asli.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pemilihan kampung itu mengambil kira Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) RPS Betau sebagai Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11) yang menempatkan murid dan pelajar Orang Asli bermula daripada pra sekolah hingga Tingkatan Lima dari 18 kampung.

“Sebenarnya mesej kita dengan adanya kampung angkat ini adalah untuk memastikan dalam konteks Kementerian Pendidikan, akses pendidikan untuk anak-anak Orang Asli, ini dapat kita pastikan dalam aspek kemenjadian mereka tidak terputus dan tidak terpinggir.

“Saya ingat secara keseluruhannya, kerana kita dalam agenda mengangkat pendidikan dan akses pendidikan Orang Asli dan ini antara kejayaan terbesar kita,” katanya kepada pemberita sempena Majlis Peluncuran Kampung Angkat Madani Kementerian Pendidikan Tahun 2024 di SMK RPS Betau di sini hari ini.

Fadhlina berkata, kementerian itu juga memerlukan sokongan komuniti dalam melaksanakan agenda memperkasakan pendidikan Orang Asli sekali gus memastikan akses pendidikan sampai kepada kumpulan sasar.

Menurutnya, sekolah itu pastinya mendapat manfaat besar untuk seluruh komuniti Orang Asli khususnya kerana pendidikan mereka ini harus juga disertai dan didokong oleh komuniti setempat.

“Maknanya bukan Kementerian Pendidikan sahaja tetapi mesti didokong oleh komuniti, jadi keistimewaan ini untuk kita paparkan kepada masyarakat bahawa, pertama mereka tidak dipinggirkan, kedua kita hendak beri fokus kepada mereka dan kebetulan di Pahang ini ada IPG (Institut Pendidikan Guru) yang memang memiliki pengkhususan pendidikan Orang Osli dan mereka menguasai pedagogi rimba.

“Jadi ini yang kita hendak perkenalkan kepada masyarakat dalam aspek pendidikan dan mereka juga kita angkat supaya tidak terpinggir daripada masyarakat lain,” ujarnya.

Tambah beliau, SMK RPS Betau yang dipilih sebagai sekolah K11 pada Mac tahun lalu juga menjadi Sekolah Angkat Kementerian Pendidikan kerana tumpuan bagi melihat penanda aras sekolah terbabit untuk dibawa ke sekolah lain mengikut keperluan.

“Jadi memang ada keperluan untuk sekolah ini diberikan tumpuan dalam beberapa aspek dan juga keutamaan daripada segi aspek digital. Jadi anak-anak di sekolah ini akan mendapat kelebihan khususnya daripada aspek digital dengan pemberian tablet daripada Yayasan Didik Negara untuk pembelajaran mereka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya