KLUANG: Jambatan uzur berusia lebih 20 tahun yang menghubungkan penduduk Kampung Tengah dengan Kampung Baru serta kediaman sekitarnya akan diganti tahun depan. Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, proses pembinaan yang bermula awal tahun depan itu akan menelan kos RM9.30 juta termasuk pengambilan tanah. “Tempoh pembinaan jambatan yang mempunya dua lorong selain pembesaran jalan sepanjang 350 meter ini selama dua tahun setengah. “Namun, jambatan ini tidak akan ditutup penggunaannya sepanjang tempoh pembinaan sehingga jambatan baharu siap sepenuhnya,” katanya selepas menerima taklimat daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Kluang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya