RM166 juta laksana projek pembangunan libat tujuh PBT di Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

RM166 juta laksana projek pembangunan libat tujuh PBT di Negeri Sembilan

J. ARUL Kumar (tiga dari kanan) bersama Nicole Tan (tiga dari kiri) meninjau kerja menaik taraf longkang di Taman AST, Seremban hari ini. -UTUSAN/NUR SHARIEZA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sejumlah RM166 juta peruntukan telah diluluskan bagi pelaksanaan projek-projek pembangunan, infrastruktur dan kemudahan awam yang dilaksanakan di tujuh pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini, bagi tahun ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri, J. Arul Kumar berkata, peruntukan itu adalah dari kerajaan negeri, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (Marris) dan PBT itu sendiri. 

“Contohnya Majlis Bandaraya Seremban (MBS) sahaja telah mendapat kelulusan sebanyak 232 projek yang melibatkan peruntukan sebanyak RM93 juta serta Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dengan 100 projek melibatkan peruntukan RM15 juta.

“Biasanya PBT akan menggunakan peruntukan sendiri untuk penyelesaian sebarang isu infrastruktur yang timbul tetapi sekiranya tidak mampu mereka akan meminta bantuan peruntukan dari kerajaan negeri.

“Ada juga inisiatif daripada KPKT dalam membantu PBT yang secara tidak langsung dapat menyelesaikan jumlah aduan dan isu dibangkitkan masyarakat setempat selain peruntukan dari Marris yang dapat menyelesaikan isu-isu berkaitan seperti penurapan jalan, perparitan, hakisan tanah di kawasan perumahan, komersial dan perindustrian,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau kerja menaik taraf longkang di Taman AST, Seremban di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepayang, Nicole Tan Lee Koon.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya