ISLAMABAD: Ribuan penunjuk perasaan berhimpun di ibu negara Pakistan bagi menuntut pembebasan bekas Perdana Menteri, Imran Khan yang dipenjarakan selama lebih setahun didakwa bermotifkan politik. Parti Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) menganjurkan perhimpunan di Islamabad semalam, menandakan demonstrasi pertama sejak pilihan raya nasional dan wilayah yang dipertikaikan pada Februari. Gambar dan video yang dimuat naik di platform media sosial X menunjukkan penyokong Khan berarak menuju ke bandar Islamabad dari pelbagai bahagian negara. Pembantu rapat Khan, Hammad Azhar dalam ucapannya menegaskan, desakan seperti itu tidak akan berhenti sehingga pemimpin PTI itu dibebaskan dari…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya