Reman suspek kes pembunuhan Elly dilanjutkan enam hari lagi

Reman suspek kes pembunuhan Elly dilanjutkan enam hari lagi

SUSPEK di kes pembunuhan bekas pelumba negara, Elly Idzlianizar Elias,40, yang maut dengan 12 kesan tetakan menggunakan pedang samurai di bawa ke mahkamah bagi mendapat lanjutan tahanan reman di Kangar, Perlis semalam . – UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Tahanan reman terhadap tiga suspek yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan bekas pelumba negara, Elly Idzlianizar Elias,40, yang maut dengan 12 kesan tetakan menggunakan pedang samurai dalam kejadian di Taman Behor Gonchar dalam kejadian minggu lalu dilanjutkan selama enam hari lagi.

Lanjutan reman hingga 23 September itu dikeluarkan oleh Majistret Ana Rozana Mohd Nor selepas tempoh reman suspek berusia 28, 31 dan 51 tahun itu berakhir semalam.

Terdahulu, ketiga-tiga suspek berkenaan tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kangar di sini sekitar pukul 9.30 pagi diiringi dan dikawal ketat oleh polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar. Suspek kemudian keluar dari mahkamah sekitar pukul 11 pagi.

Mahkamah menetapkan lanjutan selama enam hari lagi bagi membolehkan siasatan diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop ketika dihubungi mengesahkan tempoh lanjutan reman berkenaan.

Minggu lalu, Utusan Malaysia melaporkan, bekas pelumba negara yang pernah membawa nama Malaysia ke peringkat Asia dan antarabangsa, Elly Idzlianizar disahkan maut dengan 12 kesan tetakan menggunakan pedang samurai dalam kejadian di Taman Behor Gonchar, di sini.

Kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu berpunca daripada satu pergaduhan sehingga membawa kepada kematian tersebut.

Mangsa meninggal dunia dipercayai akibat pendarahan teruk susulan kecederaan tetakan pada bahagian tangan dan badan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN