Remaja maut dirempuh Perodua Kancil

Remaja maut dirempuh Perodua Kancil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Seorang remaja perempuan maut selepas motosikal yang ditungganginya melanggar sebuah trak pikap sebelum terjatuh dan kemudian dirempuh kereta jenis Perodua Kancil di Kilometer 0.5 Jalan Pasir Puteh-Semerak dekat Kampung Gong Chapa di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 6.20 petang itu, mangsa yang berusia 18 tahun maut di lokasi selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian trak pikup jenis Toyota Hilux yang dipandu individu berusia 30 tahun dari arah persimpangan lampu isyarat Kemunting menghala ke Semerak.

Menurutnya, setiba di lokasi pemandu trak pikap itu memberi isyarat untuk berhenti di bahu jalan sebelah kiri.

“Secara tiba-tiba, remaja wanita yang menunggang motoiskal itu telah merempuh bahagian belakang sebelah kanan trak pikap menyebabkan dia  terjatuh ke atas atas jalan.

“Mangsa kemudian dirempuh kereta Perodua Kancil yang datang dari arah sama. Akibat kemalangan tersebut, penunggang motosikal maut di lokasi akibat kecederaan parah pada bahagian kepala,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Zaizul Rizal memberitahu, ketika ini polis sedang giat mengesan kenderaan jenis motokar Perodua Kancil bagi membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

“Individu yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian tampil ke balai berdekatan untuk membantu siasatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Sub Ispektor Jafri Alias di talian 019-9386224,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya