Remaja curi wang dari tabung masjid diberkas

Remaja curi wang dari tabung masjid diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Seorang remaja yang bertindak memecah tabung derma sebelum  melarikan wang dalam kejadian di Masjid As Syakirin Mukim Tawar, di sini pada Rabu lalu akhirnya diberkas polis hari ini.

Suspek tersebut berjaya ditahan pada pukul 12.10 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, hasil siasatan awal suspek mengaku telah mencuri wang dari tabung di Masjid Al- Syakirin Air Tawar, Semerak.

Katanya, selain itu dia turut mengaku melakukan perbuatan tersebut di Masjid Darul Naim, Mukim Telosan di sini.

“Suspek akan direman bagi siasatan lanjut dan kes di siasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Zaizul Rizal memberitahu, terdahulu polis menerima laporan berkait kecurian di duit tabung di Masjid Al- Syakirin Air Tawar, Semerak pada 9 September sekitar pukul 11.52 pagi.

Katanya, kejadian itu telah berlaku pada 4 September pada pukul 4.30 petang.

“Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati seorang lelaki sedang memecahkan tabung masjid untuk mencuri wang tersebut,” ujarnya.

Utusan Online sebelum itu melaporkan, seorang remaja bertindak memecah dua buah tabung derma sebelum bertindak melarikan wang dalam kejadian di Masjid As Syakirin Mukim Tawar, di sini pada Rabu lalu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia Imam Mudanya Zaizani Azahari berkata, kejadian itu disedari berlaku oleh ahli khariah sebelum menunaikan solat Magrib pada tersebut.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya